Tuesday 27 December 2011

Ada apa pada nama

Salam u olllzzz

Harini aku nak cerita sikit pasal ADA APA DENGAN NAMA AKU..setelah di belek-belek..digodek-godek kt google..
ini lah hasilnya nama aku....thankz to google...


  • R-ramah
  • O-oportunis
  • s-suci
  • Y-yakin
  • A-amanah
  • M-mesra
  • I-ikhlas
  • Z-zingy
  • A-alim
* yang alim tu aku tak pasti..sebab aku kan jahat...werkkkk!!!
   yang zingy tu aku tak pasti...

First time...

Salam u ollzzz

Hari aku teruja sangat sebab first time bawa makanan ke opis and bagi member opis rasa..
Hari ni akau bawa spagheti meatballs and kek batik
Alhamdulillah komen yang diberi adalah positive...cume kek batik tu jew agak lembik sedikit..mungkin terlebih ayo..huhuhuhu..akan saya perbaiki

aku tak sempat nak snap pic..so layan jela gambor yang aku ambik dari google..
malam nanti nak buat kek batik lagi =)

 yang ni lagi special ada cheese..aku punye x ado....


Terlior jew tgk...aku nye add on badam n choc rice =)

Thursday 15 December 2011

Pilihan selalu ada ada hikmahnya


Kelas hampir tamat. Jadi pensyarah tu pun berkemas-kemas.

"Apa kata harini kita main satu permainan sebelum pulang? Permainan minda, jiwa." menusuk kalbu juga pensyarah ni. Permainan jiwa tu. Ramai juga perlajar dia dah fikir bukan-bukan. Lu'olls jangan ingat gua nak tulis cerpen lucah pula sini. Positif sikit otak tu.

"Saya nak seorang pelajar saya datang ke depan membantu saya. Boleh? Kalau boleh yang dah berkahwin." 

Ada seorang lelaki ni dah tepu agaknya. Dia angkat tangan selaju mungkin. Dia malas nak bermain permainan tu. Dia agak dia ke depan untuk menulis markah di papan putih ala-ala kuiz sekolah menengah agaknya. Mungkin kuiz untuk budak-budak bujang, dan dia fikir tak layak nak bermain kuiz itu agaknya.

"Nah, ambil marker pen ni. Tulis no 1 hingga 10."

Pelajar itu pun tulislah no 1 hingga no 10. Mungkin ada 10 soalan dalam benak pelajar itu berkata.

"Sekarang, kamu tulis 10 nama orang yang paling dekat dengan kamu."

Okay. Rupa-rupanya dia yang kena main permainan tu. Tercelaka jugalah dia. Jadi dia mulalah tulis nama di papan putih itu. Dari anak, isteri, ahli keluarga, sehingga ke jiran sebelah rumahnya yang selalu bagi dia dan isterinya kuih muih untuk di tukar.

"Sekarang, saya mahu awak potong 2 nama yang tak berapa penting bagi kamu."

Jadi, pelajar itu pun potong lah nama yang dia rasa tak berapa penting. Jiran tetangga.

"Potong lagi 2 nama."

Dia pun potonglah nama teman sekerjanya.

"Hurm, apa kata buang lagi 2 nama yang tak berapa penting."

Pelajar tu tengok muka pensyarah tu dengan muka bingung. Dia potong nama teman-teman baiknya. Dan sekarang yang tinggal hanya dua orang ibu bapanya, isterinya dan anaknya.

"Apa kata buang lagi 2 nama?"

Pelajar tu bingung. Kusut.

"Permainan apa ni tuan?"

"Buat sahaja."

Kelas yang mulanya bising kerana menyangkan akan ada permainan yang menyeronokkan mula senyap. Ada beberapa pelajar perempuan yang muka risau. Gua pun tak paham. Bukannya dia yang main.

Pelajar itu tunduk ke bawah. Kemudian ke atas, dan perlahan-lahan memotong nama ibu bapanya.

Ramai yang terkejut dengan keputusan itu. Dah macam main Who Wants To Be A Millionaire dah dia punya cuak. Pelajar itu menarik nafas panjang-panjang. Dalam hati berdoa agar permainan itu tamat serta merta. Yang tinggal nama isterinya dan anaknya.

"Baiklah. Kamu buat dengan baik sekali. Syabas."

Pelajar tadi menarik nafas lega. Berakhir sudah.

"Jadi apa makna semua ni tuan?"

"Hurm. Apa kata kamu potong lagi satu nama."

Kelas mula bising kembali dengan bunyi bisikan-bisikan. Dah macam bisikan apa dah.

"Tuan?" pelajar tu berkata. Pensyarah tu senyum lalu memberi isyarat untuk pelajar itu potong sahaja satu nama. Agaknya nama siapa yang dia potong? Anaknya? Isterinya?

Pelajar itu memotong nama anaknya. Lalu terus bergenang matanya. Dia tertuduk. Pensyarah tadi datang dan menenangkan pelajar itu.

"Ini hanya permainan." katanya sambil menenangkan pelajar itu.

Setelah keadaan kembali normal. Pensyarah tu bertanya kepada pelajar tadi,

"Kenapa bukan orang tua kamu yang penting? Dia menjaga kamu sejak kecil? Makan, minum. Tempat tinggal? Duit poket. Hantar kamu belajar. Dan kenapa pula tidak anak kamu? Itu kan darah daging kamu? Isteri? Boleh di cari lagi kan?" tanya pensyarah tu.

Gua syak, saiko habis pensyarah ni.

"Dalam masa yang singkat. Saya berfikir. Antara beberapa orang yang terpenting dalam hidup saya, saya perlu buat keputusan. Masa berputar pantas. Sampai satu masa, ibu bapa tak mampu teman saya untuk satu jangka masa. Mereka menjadi lebih tua jika saya tua. Mereka akan pergi juga. Dan semasa saya menjadi tua, anak juga semakin membesar. Membina hidup sendiri bersama keluarga mereka. Dan saya fikir yang mampu tinggal bersama saya, faham saya, teman mengharungi hiruk pikuk noda dunia sementara ini, ialah isteri saya. Dia lah peneman hidup seperti Adam dan Hawa di buang dari syurga ke bumi."

*****

Apa kata lu'olls?

Bagi gua lah yang belum berkahwin dan umur baru setahun jagung selalu tengok drama swasta TV untuk buat ulasan pasal pasangan berkahwin, gua rasa sangat rugi untuk lelaki yang tak menghargai Isteri depa.

Isteri? Dari isterilah adanya lu. Iaitu mak lu. Dari isterilah jadinya darah daging lu. Iaitu bakal anak lu atau anak lu. Dia kendong anak lu sembilan bulan. Ingat mudah? Malas gua nak cakap banyak-banyak pasal kendong mengendong ni. Macam tipikal sangat. Ramai sangat orang cerita. Heh.

Gua ada baca satu lagi artikel satu ketika dulu,

Isteri lah yang memberi segalanya sebagai peneman terbaik semasa kita di dunia. Dia menguruskan rumah, anak, pendapat yang bernas. Menyediakan makanan, baju. Dan dialah yang selalu ada ketika orang lain sibuk dengan agenda mereka.


Nukilan

محمد صفوان سفيان الثوري

Happy Bufday To Me =(




16/12/2011

Tahun pertama aku menyambut birthday 
tanpa seorang insan yang bergelar 'IBU'
tiada lagi mesej wish birthday
tiada lagi pelukan di pagi hari
tiada lagi ciuman ..
tiada lagi hilai tawa..



Thursday 8 December 2011

C.I.N.T.A

Salam u ollzzzz

Pada pagi jumaat yang indah ini,aku nak cecite tentang cinta...
apa itu cinta????
ada apa dengan cita???
cinta itu buta???
cinta tidak mengenal usia????

Pada aku cinta tu ada suatu perasaan yang tiada batasnya,
Cinta pada yang ESA
Cinta kepada PARA NABI
Cinta kepada AL-QURAN DAN SUNNAH
Cinta kepada KELUARGA
Cinta kepada KEKASIH
Cinta kepada  HAIWAN
Cinta kepada ALAM SEMULA JADI
dan yang paling penting!!!!
Cinta kepada DIRI SENDIRI
Kalau kita tidak mencintai diri sendiri,macam mana kita mahu mencintai yang lain????

Aku teringin nak ada suami yang mencintai aku selamanya
seperti cinta ayah dan arwah ibu aku...
masa arwah ibu aku ada...
hubungan mereka seperti belangkas..
seperti orang baru bercinta
walaupun sudah hampir 21 tahun usia perkahwinan mereka
hampir setiap perkara dilakukan bersama
MERAJUK,MASAM MUKA
adalah perkara biasa dalam percintaan
bergitu juga la cinta ayah dan arwah ibu ku
jika arwah ibu aku kuar bersama aku dan adik-adik time ayah aku keje
ibu aku akan make sure yang kami balik sebelum ayah balik..
kalau tidak muncung jela muka ayah aku merajuk kena tinggal...
kalau ayah aku balik terus mandi dan makan tanpa menunggu ibu
pasti ibu akan merajuk....mula la adegan pujuk memujuk....
rasa kelakar tengok ayah pujuk ibu...
TAPI SEKARANG
semua itu hanya tinggal kenangan
Hampir setiap hari aku mendengar ayah menyanyikan lagu Aizat-kau pergi
dengan penuh perasaan...
sayu jew aku dengar...
cinta ayah kepada arwah ibu begitu mendalam....
tiada tolok ganti nya...
ibu la CINTA PERTAMA ayah
Aku berharap dan berdoa agar aku ditemukan seorang lelaki yg mampu menerima aku seadanya
dan menyayangi aku seikhlas hati....

p/s : rasa nak nangis lak time ni..huhuhuhu tisu...tisu...

MENYENDIRI

Salam u oollzzz...
rasanya dekat sebulan aku tak update blog gara tiada mood and malas....huhuhuhuu
arini tibe-tibe mood blogging aku datang so...TIME TO UPDATE !!!!! =)

Harini aku nak bercerita tentang perasaan aku.....
sejak dua menjak ni aku tibe-tibe rasa down sangat...
rasa nak duduk berseorangan , tak nak bergaul dengan orang..
aku ada ym,tagged and facebook
aku rasa aku nak padam je semua ni...rasa cam tak nak berkawan ngan sape- sape da..
dah macam kera sumbang lak kan...
macam mana la aku nak ubah perangai tak elok aku ni???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...