Thursday 16 February 2012

Ustaz Don...Im in love with you

Salam u ollzzz...
  Jangan salah sangka ye dengan aku nye tajuk ni.....actually aku baru je tahu tentang kewujudan insan yang bernama Ustaz don ni...kat opis aku ni semua dok cerita pasal rancangan 30 Minit Ustaz Don...kakak opis semua terpaut dengan keletah dan ketampanan wajah Ustaz Don...aku yang agak tertinggal ke belakang ni mula la mencari info pasal Rancangan ni..

So nak dijadikan cerita malam tu juga aku terpacak duduk depan tv tggu jam kul 10 ukak channel Tv alhijrah..First impression aku bila tengok muka Ustaz Don ni..aku rasa sejuk je mata memandang,rasa tenang(mungkin sebab dia hensem kot...hehehe) rasa macam da jatuh hati...aku pun layan jela rancangan ni sampai habis...bagi aku rancangan ni best sangat-sangat(bukan sebab dia hensem k) sebab ianya agak santai,ada menyelidkan unsur komedi (loghat utara da mai daaa) dan info yang diberi amatla bagus...time aku tengok tu dia dok cite pasal kiblat....dia tunjuk kan cmne nak cari arah kiblat guna kompas,guna buruj..so pasni kalau aku g camping takde la aku susah-susah nak cari arah kiblat da....aku harap rancangan ni akan diteruskan ye...Pada sape yang belum tgk rancagan ni tapi nak tengok ,rancangan ni setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam ye...

Bagi yang belum kenal sape Ustaz Don ni..meh aku nak tunjuk gambar dia...sekali tengok pasni terpikat dua kali tgk jangan melekat suda la...hehehehehehe

 Ini la rancangan 30 Minit Ustaz Don

 Aura Ustaz Don tetap menyinar tak kira pakai baju koprat @ jubah...

 Hero malaya terbaru...!!!

 Jejaka maskulin...

Beruntung sape dapat jadi isteri dia ....

Thursday 9 February 2012

PERKARA YANG MEMBOLEHKAN SESEORANG ITU MELEWATKAN SOLATNYA

Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:

 



1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang bersangatan. Sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.

2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulamak memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.
3. Apabila makanan sudah terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu. Kemudian baru bersolat.

4. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratulihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatang mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.

5. Seseorang dalam keadaan mengantuk yang bersangatan dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersembahyang dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam sembahyangnya.

6. Seseorang yang berada di dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik. Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat terpilih ialah berjemaah solat dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama daripada banyak orang di akhir waktu.

7. Orang yang wajib baginya solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya, maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat Jumaat di kariahnya, barulah dia mendirikan solat Zohor.

8. Boleh melewatkan waktu solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir. Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.
Demikianlah serba sedikit tentang kupasan permasalahan solat di awal waktu, moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama.


Bacalah wahai Adam dan Hawa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...