Tuesday, 14 August 2012

dilema

Salam Uollzz

Hurmmm..skunk ni aku betul2 dalam dilema..kawan2 kebanyakan dah kawin n ade yang da smpai anak 3..yang aku lak x kawin2 ag nak wat cmne owg bekerjaya so nak dijadikan cerita aku yang single ni sering ditanya soalan yang aku da maleh nak jawab.. antaranya

Mis A : hye rosya lama x nmpak
aku     : hye..ko pon sama da lama x nmpak..pe cerita ko skunk...
Mis A : Aku dah kawin da skunk dah ada anak 2
aku     : owhh..tahniah
Mis A : ko Lak pe cerite skunk?
aku     : aku single mingle..sebok cri duit
Mis A : ko 2 duit cri gak tp jgn la  x kawen smpai tua..t x pasal2 jadi ANDARTU
aku     : Andartu pon andartu la..hot pe jadi andartu..law ade jodoh aku kawen law xde...aku single jela
Mis A : Ko ingat hot sangat ke status andartu 2...time 2 ko x laku da...kawan2 yg laen semua da kawen..tggu ko je blom
aku    : aku lambat g r tggu anak raja dari kayangan trun pinang aku..hehehehe

Ni la antara dialog yang terpaksa aku jawab bila ditanye soal kawin...x ke dibuatnya ko dalam dilema ..bila tengok kawan bersanding aku pon teringin nak bersanding teringin nak ade suami..tapi bila baca paper pasal suami pukul istri dera istri automatik aku jadi allergic lak ngn hal kawin2 ni...pening pale aku pikir kan...pape pon  jodoh dan ajal 2 ketentuan Allah S.W.T law tiba jodoh aku tibe waktu aku berkahwin akan aku war2 pada kamo semua...nantikan kad jemputan ok =)

Selamat Hari Raya

Sonnet 18

Shall I compare thee to a summer’s day?
Thou art more lovely and more temperate:
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer’s lease hath all too short a date:
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimm’d;
And every fair from fair sometime declines,
By chance, or nature’s changing course untrimm’d;
But thy eternal summer shall not fade,
Nor lose possession of that fair thou ow’st,
Nor shall death brag thou wander’st in his shade,
When in eternal lines to time thou grow’st;
So long as men can breathe, or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee.

Antara 7 faktor mengapa hasad dengki mempengaruhi manusia

Salam Uolllzzz..
Pada tengahari yg terik ini  dan sempena bulan puasa yang penuh keberkatan ini..aku nak kongsi sikit info berkenaan hasad dengki...aku paling tak suka dengan sifat ni sebab kerna hasad dengki ni la keluarga berpecah belah , kawan makan kawan...mcm2 lagi la...so aku harap sangat maklumat yang aku nak kongsi ni dapat membantu korang menghidari sifat ni..

Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang  dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T  yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.






Terdapat tiga ciri utama kita dapat lihat pada seseorang yang suka hasad dengki

1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya contohnya duit dan pangkat

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.


Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor  yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

Antara lain :-

1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

2) Merasa Diri Mulia

3) Takabbur

4) Ujub

5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

7) Busuk Hati.

Huraian faktor-faktor tersebuat adalah seperti berikut.

Pertama : Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pema’af.

Fiirman Allah s.w.t  yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A’raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ”Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Kedua : Merasa Diri Mulia

Apabila seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

Ketiga : Takabbur

Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan diri untuk mengikut arahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

Allah S.W.T. berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : “Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi.” 
Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?
Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina.

Keempat : Ujub (bangga diri)

Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu :

a. Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.

b. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

c. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-

“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”

Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”

Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

Kelima : Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

Keenam : Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

Pada zaman sekarang kita dapat melihat manusia berlumba-lumba mengejar pangkat n populariti. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

Ketujuh : Busuk Hati

Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

so aku harap dengan info ni..korang dapat munasabah diri..fikir2 kan mana taw law antara sifat ini ada dalam diri korang..korang dapat ubah..akhir kata renung2 kan selamat beramal..

p/s : informasi berguna ni aku dapat dariUstaz Abu Basyer

Wednesday, 1 August 2012

Ayahku kawen lagi....

Salam Uollzz...

 Pada 21/6/2012 secara rasminya ayah aku menjadi suami kepada syarifah suzana bt syed salim iaitu umi tiri aku..perasaan aku time tu?? cdey ada..happy pon ada , aku cdey sbb begitu  cepat ayah aku dapat penganti ibu aku dan happy sebab ayah aku dah tak sunyi...dah ada peneman...

Actually tarikh nikah sepatutnya 22hb tp disebabkan pihak perempuan mahu majlis ini lebih diberkati maka dicepatkan kepada 21 hb iaitu hari jumaat..Majlis nikah diadakan selepas Asar...time akad nikah ayah aku kena lafaz dua kali sebab yang pertama gagapp...hahahahaha almaklumla...second time selepas berpuluh tahun...majlis nikah berjalan agak lama disebabkan tok kadi bagi khutbah lama ..aku rasa dekat sejam lebih juga laaa...kebas montot aku menunggu..amek kau.. huhuhuhuhu

Majlis persandingan pula diadakan pada hari ahad 24hb tema pengantin warne kuning..memang mcm raja la...RAJA SEHARI hehehehehehee....majlis agak meriah dengan kehadiran ramai orang...aku berkenan tengok pelamin dorang simple tapi cantik...sekali tengok terus melekat kt hati..hehehehhee                     dalam pale otak dah bayangkan aku ngn diaaa. gatal an aku..heheheheheh

k la aku da malas nak mbebel panjang..aku nak tunjuk gmbar lak....zassss!!!



Hantaran aku gubah sendiri...chantek x???

     menunggu kehadiran tok kadi

 mak anjang n kak su...


 penerangan sebelum akad


 

 saat dinikahkan


sah suda....ni la umi baru aku

  anak sedara aku yang x reti dok diam


 masing2 teringin nak dok kt pelamin





 bersanding


 baru nampak kan..heheheh




ni la pelaminnya...simple an... =)

kawan aku... =)


Monday, 23 July 2012

Citrawarna Malaysia 2012

Salam U ollzzz....
  dah lama rasanya aku tak menerjah blog aku ni sampai da bersawang jadinya...cian kan blog aku ni,nasib baik blog aku ni x boleh bercakap..law boleh bercakap dah lama aku aku maki hamun berbakul bakul..huhuhuh
Pape pon Tak terlambat rasanya aku nak ucapkan Selamat menyambut bulan ramadan yang mulia ini...pose jangan tak pose law budak2 boleh ugut xdpt duit raya law x pose law owg besor cmne 2??

K da berbalik pada tajuk entri aku ni pasal event yg da lapok ditelan masa iaitu citrawarna 2012 yg berlangsung pada bulan 5 lepas...ni la first event besar yang aku join...bermacam2 karenah n banyak pengalaman pahit manis yang aku dapat...baru aku taw bertapa penatnya menjadi kru event terutama yang membuat prop persembahan...orang laen pukul 12malam da balik aku ngan team aku terconggok lagi kt dataran sampai pukul 3pagi disebabkan menantikan kehadiran kontena besar nak angkut prop..pape pon aku rasa hepy sangat sebab dapat join event ni..hope next year ley join lagi... =)

da aku penat nak membebel..moh ktew layan gambar lak...zasssss!!!



 raptai malam sebelum event...

 pancaragam sedang perform
 
tarian kanak-kanak kaum asli sangat menghiburkan

 kenderaan berhias menunjukan event yang menarik di malaysia

  kenderaan berhias tema kampung

 pancaragam..syok de lagu ricky martin

tarian beramai-ramai

Thursday, 19 April 2012

Orang Baru dlm family aka stepmother

Salam U ollzzz...

dah lama rasanya tak update blog terchayunk ni....rasa rindu la plak nak menghapdet benda-benda baru yang terjadi dalam kehidupan seharian aku...huhuhuhu
tak lama lagi akan ada ahli baru dalam keluarga aku...ayah aku akan berkahwin baru setelah 5bulan pemergian ibu...should i be happy???
Yeah..aku tahu tak semua ibu tiri jahat,kejam,zalim tp aku belum pasti dia blh menjaga ayah dan adik aku sebaiknya... think +ve rosya plezzzzzz
Mungkin aku patot bagi peluang pada dia untuk sesuaikan diri dengan keluarga aku...lagipun aku tengok ayah aku happy jew sekarang..tak de moody da...
Aku harap dia dapat memberi keceriaan,kebahagiaan dan kedamaian pada keluarga aku..                             if not..u know what will happen to you!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...