Sunday, 30 September 2012

8 Jenis Makanan Terbaik Dalam Islam



tetibe nak update pasal makanan lak....almaklum la da tengahari kan , dalam pale otak aku ni  dah terpikir nak makan ape?kt kedai mana? ngn sape? aku rasa korang pon pikir bende sama kan...
ok...Actually aku bukan nak update tentang apa aku makan tengahari ni..tapi aku nak share something yang sangat2 berguna berkaitan tentang makanan...mcm aku selama ni langsung x pikir tentang kebaikan dan keburukan sesuatu makanan... aku maen bedal yg penting " HALAL"... langsung tak fikir ape kesan pada kesihatan diri .. disebabkan aku merasa badan aku da demok sgt burokkk beno upenyaaaa
aku pun mula menggoggle  makanan berkhasiat untuk kesihatan sehingga la aku terjumpa satu info tentang makanan yang sangt elok dan kalau boleh diamalkan...so harap nanti kite boleh amalkan bersama...

lets check it out...

1. Delima



Antara khasiat buah delima :-
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99






2. Kismis

Antara kebaikan kismis :-
  • Meningkatkan daya pemikiran otak
  • Mengandungi Antioksida elok untuk menjaga kulit
  • Mengandungi asid oleanolik elok untuk kesihatan gigi
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"



3. Kurma


Antara kebaikan kurma :-

  •  Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
  •  Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
  •  Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
  •  Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  •  Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
  • Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
  •  Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"



4. Habbatus Sauda'




Antara kebaikan habbatus sauda

  • Perubatan Islam, minyak habbatus sauda yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat-ayat ruqyah mampu memulihkan pesakit yang mengalami gangguan jin, syaitan dan sebagainya.
  •  mampu untuk meningkatkan daya tahan sakit (sistem imunisasi).
  •  mampu melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia
  •  mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stress
  • Ia dapat menghancurkan batu ginjal dan batu kandung kencing, memperlancar air seni, haid dan asi.
  • Digunakan sebagai pembalut dicampurkan dengan cuka untuk mengatasi jerawat dan kudis bernanah.
Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim



5. Za'faran


Antata kebaikan zafaran :-

  •  merawat sakit jantung
  • merawat allergic
  • anti cancer
  • menghancurkan lemak
  • kaya dengan vitamin B1 dan B2
  • merawat sakit saraf , bisa-bisa sendi dan keletihan
 Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "



6. Madu


Antara kebaikan madu :-

  •  dapat menyembuhkan luka dan melancarkan  haid
  • mengelakkan masalah seperti sakit jantung,tekanan darah tinggi dan kencing manis
  • dapat mengawal paras kolestrol
  • mampu meransang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak dalam untuk tujuan kecantikan pula , madu boleh digunakan sebagai pelembab semula jadi
  • dapat memberikan tenaga dan kecerdasan minda
Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69



7. Zaitun


Antara kebaikan zaitun:-

  •  boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. 
  • Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun akan memusnahkan sel yang menjadi punca  kanser.  
  • minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon.
  • Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.  
  • Kajian terbaru ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari serta mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. 
  • minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut

 Firman Allah: " Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" Surah Al Mukminin ayat 20



8. Buah Tiin




Antara kebaikan buah tiin:-
  • menyingkirkan keracunan (toksin)
  • mencairkan kahak ditekak,mengurangkan batuk yang berpanjangan.
  •   membersihkan hati dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus.
  • bermanfaat kepada pesakit buasir dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan mengecutkannya.
  • melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan.
  •  dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga
  • mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.
 Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Sunday, 23 September 2012

Cara menghadapi putus cinta

Ini adalah perkara yang baru berlaku dalam hidup aku...masih segar dalam ingatan saat aku ngn dye membuat keputusan untuk berpisah...rasa sedih,kecewa x yah cakap ar..beberape hari aku bermandikan air mata....tangan ni asyik berkepit dgn phone jew dengan harapan dye akan terbuka hati semula untuk kembali bersama uhuhuhu ayat x blh bla lak ... alhamdulillah semakin hari aku semakin dapat melupakan dia walaupun agak sukar untuk menerima kenyataan.. aku bsyukur sgt kerna mempunyai kawan dan keluarga yang sgt memahami dan sentiasa berada disisi aku..so berdasarkan pe yang aku rasa aku harap pe yang aku lakukan masa menghadapi saat gentir ni dapat membantu korang..


  • Sentiasa bpkiran positif - Ingat suatu hari nanti kamu akn ktemu jodoh berganda2 lagi bagus dri dye

  • kena redha-jgn frust menonggeng sampai nak kelar2 tangan sebab 2 boleh menjatuhkan saham  je sebab wat parut badan jew...n jangan sesekali fikir nak bunuh diri bagai ye ingat sape bunuh diri jawabnya  da tempah first flight ke neraka la

  • jangan ingat bile da putus  cinta xde orang sayang ko dah...ko x taw keluarga n sahabat sentiasa bersama ko..bila asyik bercinta keluarga n kawan dilupakan tp kamu kena  ingat mereka yang akan menceriakan hidup kamu disaat kamu sedang berduka.

  • Luangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai- mereka sentiasa disisi kamu x kira susah atau senang sedih atau gembira..luahkan pada mereka pe yang kamu rasa..mereka sentiasa menjadi pendengar setia n sentiasa memberi semangat agar kamu dapat teruskan hidup...

  • Sentiasa ingat Allah- setiap kali solat kamu berdoa la agar dicekalkan hati , dikuatkan iman kerana dia lebih mengetahui pe yang kamu rasa sama ada tersirat @ tersurat..

  • Sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah - x kisah la kamu nak aktiviti lasak k facial k shopping k confirm punye si dia dpt dilupekan

  • Buka lembaran baru-jangan kerana si dia ..kamu da rasa serik bercinta..jgn cepat jatuh cinta..kenal dulu hati budi...
2 jela yang aku lakukan masa aku ngh down...aku harap tipz ni dapat membantu yang paling penting

DON'T LOOK BACK MOVE FOWARD

Tuesday, 28 August 2012

KENTUT

Kentut??? satu benda yang yang sangat x sopan , sangat jijik ..yang biasa kite tahu adelah kentut berbau busuk dan bunyi kuat...tp pe yang kite tak taw..kentut juga terbahagi pada 20 jenis dan ia juga menunjukkan keperibadian anda seperti apa???  adakah anda tergolong dalam golongan itu...LETS CHECK IT OUT!
 
 
1. TIDAK JUJUR: Orang yang kalau kentut  lalu menyalahkan orang  lain.

2.  BANGANG: Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam sampai kena buasir.

3.  BERWAWASAN LUAS: Orang yang tahu bila harus kentut.

4.  SENGSARA: Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5.  MISTERIUS: Orang yang kalau kentut, tapi tiada siapa yang tahu.

6.  GUGUP: Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

7.  PERCAYA DIRI SENDIRI: Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

8. SADIS: Orang yang kalau kentut di tempatnya terus dikibaskan baunya ke tempat orang lain.

9  PEMALU: Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri sehingga merah muka walaupun orang lain tidak tahu.

10 STRATEGIK: Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

11 BODOH: Orang yang kalau bila habis kentut lalu menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

12. PELIK: Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit-sikit,sampai bunyi "tit-tit-tit".

13.  SOMBONG: Orang yang sering mencium  kentutnya sendiri.

14.  RAMAH: Orang yang senang mencium kentut  orang lain.

15.  TIDAK SUKA BERGAUL :Orang yang kentut sambil sembunyi di bawah katil atau pun dalam almari.

16. AKUATIK: Orang yang kalau kentut di  dalam air sampai bunyi "blukbluk3"

17. ATLETIK: Orang yang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman atau pun sambil berlari pecut.

18. JUJUR: Orang yang mengaku kalau habis kentut.

19.  PINTAR: Orang yang boleh meneka bau kentut orang lain.

20.  MALANG: Orang yang nak kentut tapi  terkeluar taik sekali.eeeyakkkk!!!!
 
Anda dalam golongan yang mana??? Mr.S aku golongan yang percaya pada diri      
 
 
ALWAYS CONFIDENT

lawak waktu petang

KURUSKAN BADAN
Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat
utk menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada
mamat tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk
versi 'Biasa' dan RM100 utk versi 'Cepat'. > "Saya ingat nak ambil
yg biasa punya sebab saya baru je nak try kuruskan badan", kata
mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke bilik NO. 5 di penjuru bilik
sana", jawap lelaki penjaga kaunter.Mamat tadi pun masuk laa ke
bilik yg di suruh lalu menutup pintunya.Selang 2 minit kemudian,
datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body best, mantap
dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian sehinggakan
mamat tadi dah x senang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi
berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja
dgn saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. >
Mamat tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun x dapat2
jugak. Dia try lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke
lantai.. pengsan. Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati
beran badannya telah turun 3kg. "Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50...
mmg senang rupanya nak kuruskan badan", katanya sendirian. >
Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di
kaunter. Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia
bersetuju untuk try versi 'Cepat'. OK. Encik sila masuk ke bilik NO.
6 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah
beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder
yang taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu
berkata, "Saya akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya
dapat.... hehehe..."

SAKIT JIWA
Sakit jiwa Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah
jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia
akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya.
Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah
beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi
mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak. Doktor : Adakah
kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor :
Siapa kamu sebenarnya. Lelaki : Saya ini manusia doktor. Doktor : Ya
ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu
takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus.
Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu
pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni
dah berubah jadi manusia. Doktor : "??$$??"


KALAU DA SAMPAI IPOH
 Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5
tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan
pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti
kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan,
si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada
penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam
dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya
menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai
saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke
depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik..
sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap
soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya
lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak
kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak,
sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang
membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih
tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia
lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para
penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni..
perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa
bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu
menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak!
Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun
dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg
pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang
kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu
kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di
Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"


ATOK DAN NENEK
 korang pernah dgr or baca tak citer atok & nenek ni??? citer tu
macam ni la.... malam pertama:nenek pakai baju nipis, atok x
terkejut. malam kedua: nenek pakai miniskirt, atok slamber jer...
malam ketiga:nenek bogel, atok pun kata ,"APA PAKAI BAJU KEDUT2 NI
PEGI IRON DULU!".... ~~HAHAHAHA


SAYA ADALAH PENJAGA GOAL
 Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai
seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat
untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu. Pada masa
rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri
hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di
tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain. Salwa cuba
mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar
itu menjawab bahawa keadaannya baik saja. Mendengar jawapan itu
Salwa lalu meninggalkannya. Beberapa minit kemudian Salwa
memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama.
Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh
kelembutan... "Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?" Pelajar itu
menjawab.. "Okey.. boleh saja...!" Merasa bahawa pendekatannya
berhasil Salwa bertanya lagi.. "Kenapa kamu berdiri seorang diri di
sini?" "Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh
kehairanan... "... Saya adalah penjaga gol!"



Tuesday, 21 August 2012

VCO catalyst

Salam Uollz...
 ape khabar?? sihat ke?? amcam raya syok x? mesti ramai lagi yang sedang bercuti waktu ni...duit banyak boleh la cuti lama...cam aku ni duit kureng ni cuti pendek da la....nak cover sampai gaji bulan depan maw kena ikat perut bawa bekal jew...

so back to the main story...ni aku nak citer pasal produk vco catalyst ni..aku kenal produk ni dari kawan opis aku kak anis , dye dealer produk ni..produk ni laku taw kt opis aku ni...sekali order dye sampai berkotak2...so aku pon jadi tertarik untuk mencuba produk ni...untuk pengetahuan korang aku ni ade migrain..so kak anis suruh aku try produk ni sebab dye kata produk ni blh mengurangkan migrain...so aku pon amek la try.. first impression aku sal produk ni ...wa cakap sama lu memang terbaik laaaa
aku nye migrain da kurang x kerap cam dlu...waktu keje aku rasa segar x mengantuk... aku rasa badan aku segar laaaa....x lemau  + malas2 da.....bagi sape yang ade migrain ni aku syorkan cube la produk ni...g pon produk ni berasaskan minyak kelapa dara... banyak khasiatnya....

k la aku nak out lu...ni ktew bertemu lagi ye,....cau cin cau....

Thursday, 16 August 2012

33 perkara penting lelaki patut tahu mengenai wanita


1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku buku cinta.
20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27.Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
31.Wanita lebih suka lelaki yang bersifat matured @ matang untuk dibuat teman sehidup semati .
32.Wanita begitu curiga jika melihat kekasihnya sentiasa berkepit dengan handphone .
33.Wanita tidak suka dengan lelaki yang terlampau menunjuk, ego dan kedekut.

 

Jalan Clear..

Hari ni aku rasa seronoknya jew gie keje...sebab jalan lenggang giler , alangkah indahnya kalau jalan lenggang macam arini ...tak perlu la aku nak cilok sana cilok cini xperlu ikut lorong tengah..tak perlu aku tergocoh2 nak siap2 gie kerja...Mungkin sebab ramai dah bertolak balik ke kampung membuatkan jalan sangat2 clear...bila la aku nak balik kampung nie...huhuhuhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...