Sunday 30 September 2012

8 Jenis Makanan Terbaik Dalam Islam



tetibe nak update pasal makanan lak....almaklum la da tengahari kan , dalam pale otak aku ni  dah terpikir nak makan ape?kt kedai mana? ngn sape? aku rasa korang pon pikir bende sama kan...
ok...Actually aku bukan nak update tentang apa aku makan tengahari ni..tapi aku nak share something yang sangat2 berguna berkaitan tentang makanan...mcm aku selama ni langsung x pikir tentang kebaikan dan keburukan sesuatu makanan... aku maen bedal yg penting " HALAL"... langsung tak fikir ape kesan pada kesihatan diri .. disebabkan aku merasa badan aku da demok sgt burokkk beno upenyaaaa
aku pun mula menggoggle  makanan berkhasiat untuk kesihatan sehingga la aku terjumpa satu info tentang makanan yang sangt elok dan kalau boleh diamalkan...so harap nanti kite boleh amalkan bersama...

lets check it out...

1. Delima



Antara khasiat buah delima :-
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99






2. Kismis

Antara kebaikan kismis :-
  • Meningkatkan daya pemikiran otak
  • Mengandungi Antioksida elok untuk menjaga kulit
  • Mengandungi asid oleanolik elok untuk kesihatan gigi
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"



3. Kurma


Antara kebaikan kurma :-

  •  Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)
  •  Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
  •  Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
  •  Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  •  Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
  • Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
  •  Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"



4. Habbatus Sauda'




Antara kebaikan habbatus sauda

  • Perubatan Islam, minyak habbatus sauda yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat-ayat ruqyah mampu memulihkan pesakit yang mengalami gangguan jin, syaitan dan sebagainya.
  •  mampu untuk meningkatkan daya tahan sakit (sistem imunisasi).
  •  mampu melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia
  •  mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stress
  • Ia dapat menghancurkan batu ginjal dan batu kandung kencing, memperlancar air seni, haid dan asi.
  • Digunakan sebagai pembalut dicampurkan dengan cuka untuk mengatasi jerawat dan kudis bernanah.
Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim



5. Za'faran


Antata kebaikan zafaran :-

  •  merawat sakit jantung
  • merawat allergic
  • anti cancer
  • menghancurkan lemak
  • kaya dengan vitamin B1 dan B2
  • merawat sakit saraf , bisa-bisa sendi dan keletihan
 Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "



6. Madu


Antara kebaikan madu :-

  •  dapat menyembuhkan luka dan melancarkan  haid
  • mengelakkan masalah seperti sakit jantung,tekanan darah tinggi dan kencing manis
  • dapat mengawal paras kolestrol
  • mampu meransang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak dalam untuk tujuan kecantikan pula , madu boleh digunakan sebagai pelembab semula jadi
  • dapat memberikan tenaga dan kecerdasan minda
Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69



7. Zaitun


Antara kebaikan zaitun:-

  •  boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. 
  • Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun akan memusnahkan sel yang menjadi punca  kanser.  
  • minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon.
  • Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.  
  • Kajian terbaru ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari serta mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. 
  • minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut

 Firman Allah: " Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" Surah Al Mukminin ayat 20



8. Buah Tiin




Antara kebaikan buah tiin:-
  • menyingkirkan keracunan (toksin)
  • mencairkan kahak ditekak,mengurangkan batuk yang berpanjangan.
  •   membersihkan hati dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus.
  • bermanfaat kepada pesakit buasir dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan mengecutkannya.
  • melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan.
  •  dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga
  • mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.
 Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...