Monday 29 April 2013

kerana laptop






KERANA DIA SEORANG AYAH -Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Wednesday 10 April 2013

syurga cinta

Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.



Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi di saat-saat begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, dipenuhi dengan kenderaan berat. Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.



"Abang nak dengar lagu ape?"



Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.



"Sayang cuba tekan nombor 3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Amin kepada isteri tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.



"Tajuk pe lagu tu?"



"Err.. Ade la.. Hehe.."



"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."



"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.." Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.



"Romantiknye abang ni.."



"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."



Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.



Mekar di taman hati..



Cinta pertama..



Engkau ciptaan seni idaman kasih..



Antara bibir tersiratnya pekerti..



Kelembutan yang mendamaikan jiwa..



"Oo.. lagu ni rupenye.." Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.



"Sayang suka lagu ni?"Soal Amin.



"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu kat asrama, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa remaja kan.. Dulu ada kawan-kawan yang sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."



Sayang tak tunggu kat radio?



"Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak sempat.."



"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.." Bicara Amin panjang lebar.



Izyani di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.



Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia.



"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Fatimah sejak di zaman matrikulasi dulu, sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.



"Sayang pulak camna?"



Amin mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.



"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat.. siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan sayang.."



"Alolo.. Wat ayat sedey plak.."Amin memintas kata Izyani.



"Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni.."



"Sekarang ni sedey lagi la?"Soal Amin ringkas.



"Tak dah!"Balas Izyani.



"Sebab?"



"Sebab tak sedey laa..." ^_^



"Oo.. kenakan abang ye.."



"Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok, sedih.."



Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.



"Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti..Doanya di telinga Izyani..



"Ameen.."Balas Izyani.



Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.


"Lajunye kereta tu.."Getusnya di hati.


"Ya Allah!!"


Ayat itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.


Dammmmm!!


Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.

----


Dalam kebahagian, dijemput bertemu Yang Maha Esa?



Mustahil?



Semoga kita dapat bercinta di Syurga nanti..

kisah tauladan untuk para suami




Assalamualaikum….




Kehadapan ustaz yang saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….







Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yang cukup menyedihkan. Harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang amat baik dan setia. Namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.







Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai. Dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya. Untuk pengetahuan ustaz, perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.







Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yang jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain.. Cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat. Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru. Saya amat marah kepada isteri saya. Kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yang amat saya cintai itu.







Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya. Dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar. Pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya. Tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah, dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan ? ”







Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya. Apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...Abang tak pernah solat ke ?? Paannggg..!! Satu tamparan kuat saya berikan di pipinya. Perasaan geram., marah., dan rasa terhina bercampur ego yang menggila.. Bengkak pipinya. Dia menangis teresak-esak. Saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya.. Tetapi rupa-rupanya…. Dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.







Ustaz pernah suatu hari., dia ingin bermanja dengan saya, membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya. Pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone.. Ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya, saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya. Dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan di lantai…







Ustaz saya bertambah lupa daratan.. Saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya. Rupa-rupanya, dia tetap tabah dan bersabar. Pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.







Ustaz… Pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya.. Tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.







Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah. Saya terlibat dengan kemalangan…Tulang peha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya untuk bangun. Hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya.., Ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali. Berak kencing saya dia tadahkan, dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli. Dialah yang memandikan saya…Menggosok badan saya dan memakaikan pakaian untuk saya. Bila saya mengerang sakit, kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya, dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong-hayang kerana tidak cukup tidur. Dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur. Tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi. Risau kalau saya mengerang kesakitan lagi.







Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan. Dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang. Dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali., sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat. Kekasih saya.. lagi lah.. Apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun, dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan. Kononnya, saya suami orang. Huhh..!! Sekarang baru dia kata saya suami orang. Dulu.. Dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya. Ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan. Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya. Besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.







Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit. Badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya.. Kata doktor yang merawatnya, isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati…. Hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.







Ustaz.. Kesihatan isteri saya makin teruk.. Mukanya makin pucat.. Tetapi dia tetap senyum. Saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yang pernah saya lakukan terhadapnya. Dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama memaafkan saya….’’Abang.. Saya dah lama maafkan abang…Saya sayangkan abang ”. Berderai airmata saya.. Hancur hati saya.. Pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.







Ustaz.. Selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan. Saya menjaganya setiap hari. Saya belai rambutnya.. Saya kucup dahinya.. Sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir. ” Jangan menangis bang.. Bukan salah abang.. Mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”. Berdentum.. Seolah-olah hati saya disambar halilintar.. Saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya. Malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri. Ternyata pujian itu bagaikan sumpahan untuk saya.


Ustaz…..isteri saya ada berkata., Dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya untuk menghadap Ilahi semakin hampir. Saya meraung.. Merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya. Tapi katanya, setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya. Ustaz.. Saya menangis .. Sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata-kata terakhir itu


Ustaz…tepat jam 3.00 petang, setelah dua minggu berada di hospital.. Isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya.. Dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini, saya meraung semahu-mahunya….Menyesal di atas kekasaran yang pernah saya lakukan.


Ustaz.. Jiwa saya tak tenteram…Apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? Apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah…. Tolonglah ustaz.. Saya amat menderita….. Jiwa saya terseksa…..Mungkin ini hukuman yang patut saya terima. Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..” Abang… Jagalah diri baik-baik…. Jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”


Ustaz.. Sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir… Dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati. Lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati. Kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya…. Di dalam nota itu dia menulis


“ Abang.. Dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..Mendengar cerita abang….Menyambut abang pulang dari kerja….Bergurau dan bermanja dengan abang…..Memeluk abang ketika tidur…..Tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…Jaga diri…Sayang abang….Selamanya.. "


Ustaz.. Saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….Kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz. Dia tahulah apa nak buat untuk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami…. Sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang untuk berbuat begitu.. Janganlah terjerumus dengan kesilapan yang saya lakukan… Pasti anda akan menyesal tak sudah….


Terima kasih ustaz….doakan saya…….


** Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini. Tambahan pula, lagu yang telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sayu. Hayatilah senikatanya ;- ‘’ Now And Forever ‘’ oleh Richard Mark.






Whenever I'm weary from the battles that rage in my head
You make sense of madness when my sanity hangs by a thread
I lose my way but still you seem to understand
Now and forever I will be your man.

Sometimes I just hold you
Too caught up in me to see
I'm holding a fortune that heaven has given to me
I'll try to show you each and every way I can
Now and forever I will be your man

Now I can rest my worries and always be sure
That I won't be alone anymore
If I'd only known you were there all the time
All this time

Until the day the ocean doesn't touch the sand
Now and forever I will be your man
Now and forever I will be your man








Thursday 4 April 2013

Perancangan Persiapan Perkahwinan


runsing kepala bila memikirkan hal-hal belanjawan dan perancangan perkahwinan ni... law ikotkan hati malas ni rasa tak nak kahwin je..sebab leceh banyak benda nak diuruskan.. tapi law ikotkan hati gatal ni rasa nak kawen esok jew..hehehehe so nak x nak kena tabahkan atie dan minda untuk menyediakan persiapan dari segi bajet dan barang....

tarikh kenduri sudah ditentukan so bile dikira-kira ada lagi 8 bulan.... uollzzzzz 8 bulan lagi n banyak benda tak settle ag.... sekarang ni hal catering , pelamin , mak andam aku ley tolak tepi dlu sebab aku dah book 1 catering ni ade semua pakej-pakej ni. 

so bagi mengelakkan kekeliruan aku nak listkan pe yang aku kena settle kan 


* kursus kahwin

*  kad jemputan

* photographer

* bunga telur / bunga manggar

* gift - tetamu dewasa
        - kanak-kanak
        - tetamu belah lelaki / vip

* barang hantaran

* baju nikah dan sanding

* DJ pA system

* HIV test

* berurusan dengan pejabat agama

aku rasa cam kurang lagi je.. aku tak ingat pe lagi yang aku lupa listkan kalau korang ada benda yang perlu dan aku tak letak..mohon share la ye.... aku dah kelam kabut giler ni tak tahu mana nak start....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...