Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu
daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali
kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di
lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan
tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan
turun renyai-renyai.
Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan
yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi di
saat-saat begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, dipenuhi dengan kenderaan
berat. Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju. Khuatir jika
matanya berasa letih, sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di
hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat
membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.
"Abang
nak dengar lagu ape?"
Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian
perut kereta yang sedang meluncur laju.
"Sayang cuba tekan nombor
3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Amin kepada isteri
tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas
didengari.
"Tajuk pe lagu tu?"
"Err.. Ade la..
Hehe.."
"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia
plak.."
"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat
bidadari tercinta abang ni.." Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi
Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.
"Romantiknye abang
ni.."
"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni
je.."
Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani
senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap
bait-bait lirik yang dilagukan.
Mekar di taman
hati..
Cinta pertama..
Engkau ciptaan seni idaman
kasih..
Antara bibir tersiratnya
pekerti..
Kelembutan yang mendamaikan jiwa..
"Oo..
lagu ni rupenye.." Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami
di sebelah.
"Sayang suka lagu ni?"Soal
Amin.
"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu kat asrama, memang
selalu sangat dengar lagu ni.. Masa remaja kan.. Dulu ada kawan-kawan yang
sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."
Sayang tak
tunggu kat radio?
"Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak
sempat.."
"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir
sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah
anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu
berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama
berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa
abang.." Bicara Amin panjang lebar.
Izyani di sebelah menarik
nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur
atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa
meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak
ada satu pun milik kita di dunia.
Semua itu, hanya pinjaman
sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak,
bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam
soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia.
"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Fatimah sejak di zaman
matrikulasi dulu, sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia
membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu
hanya pada Illahi.
"Sayang pulak camna?"
Amin
mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia
berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama
suami.
"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke
diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat..
siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan
sayang.."
"Alolo.. Wat ayat sedey plak.."Amin memintas kata
Izyani.
"Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi
camtu la kan.. sapa la kita ni.."
"Sekarang ni sedey lagi
la?"Soal Amin ringkas.
"Tak dah!"Balas
Izyani.
"Sebab?"
"Sebab tak sedey laa..."
^_^
"Oo.. kenakan abang ye.."
"Tak la.. tapi betul
la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami
yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok,
sedih.."
Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit
tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.
"Semoga kita
dapat bercinta lagi di Syurga nanti..Doanya di telinga
Izyani..
"Ameen.."Balas Izyani.
Kelihatan kilauan
cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Amin
memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.
"Lajunye
kereta tu.."Getusnya di hati.
"Ya Allah!!"
Ayat
itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang
berada pada lorong memotong.
Dammmmm!!
Satu
hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di
tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali.
Akhirnya melanggar tembok pembahagi
jalan.
----
Dalam kebahagian, dijemput bertemu
Yang Maha Esa?
Mustahil?
Semoga kita dapat
bercinta di Syurga nanti..
No comments:
Post a Comment