Thursday 18 July 2013

MY LOVE




 Let these words not only touch your eyes, let them travel through your soul, and let them rest in your heart as you rest in mine…I love you.

 You're still the one…
 Words alone will never be able to express the depth of my love for you.
 In case you didn't know, I'll be loving you always and forever!!
 Just when I thought it couldn't get better, you prove me wrong! I love you!
 Falling in love with you was the easiest thing I've done in my life.
 Hand in hand and heart to heart my love for you shall never part.
 Even though we are apart, my love you will never part.
 I'll love the sun for days, the moon for nights, and YOU for forever.
 Loving you makes my heart explode with happiness.
 Rains fall, winds blow, the sun shines... it all comes naturally, just like loving you.
 Simply said... I love you...
 Being with you is like having every single one of my wishes come true.
 Loving you has been the best thing to ever happen to me!
Just had to let you know... you're the best! I love you!
 There is no long distance about love; it always finds a way to bring hearts together, no matter how many miles are between them.
 You are the sun in my day, the wind in my sky, the waves in my ocean, and the beat in my heart.
 I wish I was there to hold you tight instead of just send this loving, "Good Night."
 Thank you for being the one who calms all my inner fears. Your love is all I'll ever need.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU SAYANG..

Tuesday 2 July 2013

aku dan dia

 salam uollzzz..

sihat ke semua??? dah lama aku tak menjenguk blog aku yang da berhabuk bersawang disebabkan kesibukan aku ditempat keje baru... macam-macam keje aku buat.. jadi tea lady , makcik cleaner , HR , finance , PA sampai hanset bos aku pon da macam hanset aku....huhuhuhu

alhamdulillah semakin dekat aku ngan encik tunang aku nak disatukan makin murah rezeki kami , dia dinaikkan pangkat dan aku dapat keje di tempat sekarang .. bila gaji meningkat kerja pun meningkat dan disebabkan itu aku dan dia tak de masa untuk berjumpa or berborak sangat  tak macam dulu gaji sikit tapi masa banyak.

disebabkan kekangan waktu aku dan dia sering selisih faham bergaduh besar sampai hampir give up dan hampir memutuskan pertunangan kami..aku rasa sejak kami bertunang hampir selalu kami bergaduh selisih faham bukan selisih faham biasa tapi teruk punye sampai aku kata kat dia suruh dia cari pempuan lain dan tinggalkan aku sampai memerlukan pihak ketiga untuk mendamaikan aku dan dia... bila jadi macam ni aku cube dapatkan pendapat orang yang berpengalaman dan dorang cakap bende ni normal .. hurmmm bagi dorang normal laaa tapi bagi aku bende ni sangat laa memenatkan wat aku stress migrain ...

ada lagi 7 bulan sebelum kami nikah dan itu bermaksud masih banyak dugaan bakal menjelma , dia pon bulan 10 ni dah balik berkhidmat di kuantan .. terpisah la aku dan dia selama 4 bulan.. aku harap nanti jarak ini tidak akan wat kan kami berselisih faham dan menyiapkan diri untuk hidup bersama .. penat taw nak gaduh2 ni wt kering tekak jew

untuk encik tunangku mohd fadzli .. kite tetap sayang kamu walaupun gaduh tahap kritikal , walaupun kite gaduh kamu tetap ucap I LOVE U sebelum letak telepon...dan kamu tak pernah give up ngan kitew ..selalu sabar ngan kitew .. kite harap hubungan ini akan kekal selamanya .. 


Thursday 6 June 2013

Mimpi Yang Menyeramkan


      Pernah tak korang mimpi hantu yang nampak macam real walaupun dalam mimpi????
orang kata tu gara-gara tidur tak basuh kaki .. betul k??? tapi itu lah yang aku mimpi semalam walaupun aku dan basuh kaki jgn kata kaki...semua aku basuh sebelum tidur (maksudnya mandi)

Disebabkan aku basah lenjun bermandi hujan yang agak lebat... aku balik rumah terus mandi dan makan ubat lalu mata pun terlolap... ngah syok2 tidur tibe aku termimpi aku berada di rumah kampung yang belakang rumahnya dusun buah sahaja... aku mimpi waktu tu aku tengah mandi  dan dalam bilik air tu ada cermin yang cmne ek aku nak sebut?? aku bagi gambar jela ek



Ha.... cermin ni  tapi takde la jernih macam ni ... panjang dan lebar cermin lak kira2  7 keping cermin laaaa..macam vongok je kan tibe2 ada cermin macam tu kat bilik air.... ok back to the story.. aku dah siap2 mandi dan nak keluar dari bilik air...sekali aku terdengar ada bunyi semacam ala2 bunyi exorcism + ju on... aku pon toleh la kebelakang sekali aku tengok tingkap terbuka luas dan aku nampak puan ponti bermata merah bernyala, rambut panjang dan muka pucat putih sedang cube masuk ke dalam.... aku jadi keras kaku hanya terdiam... aku nak panggil ayah aku tapi aku hnye mampu sebut aaaaaaaa..... then aku cekal kan atie kuat kan iman aku jerit ayahhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! ayah aku pun datang....ngan muka pelik dan blur tnya aku kenapa...aku hanya mampu menunjukkan arah cermin tingkap jew... tapi bila ayah aku datang benda tu pon ilang... aku cube ngintai ikut tingkap dapur sekali aku nampak puan ponti da ke belakang menuju ke arah dusun... itu la saja ceritanya...

nasib baek la aku tak menjerit dalam tidur..law tidak mau kena pelempang se das dua dari ayahku.... hahahahahahahahahaha.... tapi pape pon mimpi tu agak menyeramkan laaaa...sampai sekarang aku boleh terbayang lagi muka hantu tu....eeeeeeee!!!

Sunday 19 May 2013

Muhasabah cinta



jumpa lagu yang sangat indah dan sangat menusuk kalbu.. nak share video youtube                   tak blh  bukak lak..so  dpat share lirik la..nanti u ollzzz cari la ye....







Wahai pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dari mu
ku pasrahkan semua pada mu

Tuhan baru ku sadar
indah nikmat sehat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cintamu

Kata-kata cinta terucap indah
mengalir berdzikir di kidung  do'a ku
sakit yang kurasa biar
jadi penawar dosaku

Butir- butir cinta air mataku
terlihat semua yang Kau beri untuk ku
ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
lindungi ku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku dengan Mu





Monday 29 April 2013

kerana laptop






KERANA DIA SEORANG AYAH -Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Wednesday 10 April 2013

syurga cinta

Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.



Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi di saat-saat begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, dipenuhi dengan kenderaan berat. Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.



"Abang nak dengar lagu ape?"



Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.



"Sayang cuba tekan nombor 3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Amin kepada isteri tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.



"Tajuk pe lagu tu?"



"Err.. Ade la.. Hehe.."



"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."



"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.." Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.



"Romantiknye abang ni.."



"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."



Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.



Mekar di taman hati..



Cinta pertama..



Engkau ciptaan seni idaman kasih..



Antara bibir tersiratnya pekerti..



Kelembutan yang mendamaikan jiwa..



"Oo.. lagu ni rupenye.." Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.



"Sayang suka lagu ni?"Soal Amin.



"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu kat asrama, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa remaja kan.. Dulu ada kawan-kawan yang sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."



Sayang tak tunggu kat radio?



"Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak sempat.."



"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.." Bicara Amin panjang lebar.



Izyani di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.



Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia.



"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Fatimah sejak di zaman matrikulasi dulu, sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.



"Sayang pulak camna?"



Amin mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.



"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat.. siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan sayang.."



"Alolo.. Wat ayat sedey plak.."Amin memintas kata Izyani.



"Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni.."



"Sekarang ni sedey lagi la?"Soal Amin ringkas.



"Tak dah!"Balas Izyani.



"Sebab?"



"Sebab tak sedey laa..." ^_^



"Oo.. kenakan abang ye.."



"Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok, sedih.."



Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.



"Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti..Doanya di telinga Izyani..



"Ameen.."Balas Izyani.



Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.


"Lajunye kereta tu.."Getusnya di hati.


"Ya Allah!!"


Ayat itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.


Dammmmm!!


Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.

----


Dalam kebahagian, dijemput bertemu Yang Maha Esa?



Mustahil?



Semoga kita dapat bercinta di Syurga nanti..

kisah tauladan untuk para suami




Assalamualaikum….




Kehadapan ustaz yang saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….







Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yang cukup menyedihkan. Harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang amat baik dan setia. Namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.







Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai. Dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya. Untuk pengetahuan ustaz, perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.







Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yang jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain.. Cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat. Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru. Saya amat marah kepada isteri saya. Kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yang amat saya cintai itu.







Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya. Dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar. Pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya. Tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah, dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan ? ”







Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya. Apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...Abang tak pernah solat ke ?? Paannggg..!! Satu tamparan kuat saya berikan di pipinya. Perasaan geram., marah., dan rasa terhina bercampur ego yang menggila.. Bengkak pipinya. Dia menangis teresak-esak. Saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya.. Tetapi rupa-rupanya…. Dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.







Ustaz pernah suatu hari., dia ingin bermanja dengan saya, membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya. Pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone.. Ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya, saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya. Dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan di lantai…







Ustaz saya bertambah lupa daratan.. Saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya. Rupa-rupanya, dia tetap tabah dan bersabar. Pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.







Ustaz… Pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya.. Tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.







Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah. Saya terlibat dengan kemalangan…Tulang peha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya untuk bangun. Hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya.., Ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali. Berak kencing saya dia tadahkan, dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli. Dialah yang memandikan saya…Menggosok badan saya dan memakaikan pakaian untuk saya. Bila saya mengerang sakit, kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya, dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong-hayang kerana tidak cukup tidur. Dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur. Tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi. Risau kalau saya mengerang kesakitan lagi.







Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan. Dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang. Dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali., sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat. Kekasih saya.. lagi lah.. Apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun, dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan. Kononnya, saya suami orang. Huhh..!! Sekarang baru dia kata saya suami orang. Dulu.. Dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya. Ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan. Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya. Besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.







Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit. Badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya.. Kata doktor yang merawatnya, isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati…. Hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.







Ustaz.. Kesihatan isteri saya makin teruk.. Mukanya makin pucat.. Tetapi dia tetap senyum. Saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yang pernah saya lakukan terhadapnya. Dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama memaafkan saya….’’Abang.. Saya dah lama maafkan abang…Saya sayangkan abang ”. Berderai airmata saya.. Hancur hati saya.. Pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.







Ustaz.. Selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan. Saya menjaganya setiap hari. Saya belai rambutnya.. Saya kucup dahinya.. Sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir. ” Jangan menangis bang.. Bukan salah abang.. Mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”. Berdentum.. Seolah-olah hati saya disambar halilintar.. Saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya. Malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri. Ternyata pujian itu bagaikan sumpahan untuk saya.


Ustaz…..isteri saya ada berkata., Dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya untuk menghadap Ilahi semakin hampir. Saya meraung.. Merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya. Tapi katanya, setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya. Ustaz.. Saya menangis .. Sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata-kata terakhir itu


Ustaz…tepat jam 3.00 petang, setelah dua minggu berada di hospital.. Isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya.. Dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini, saya meraung semahu-mahunya….Menyesal di atas kekasaran yang pernah saya lakukan.


Ustaz.. Jiwa saya tak tenteram…Apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? Apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah…. Tolonglah ustaz.. Saya amat menderita….. Jiwa saya terseksa…..Mungkin ini hukuman yang patut saya terima. Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..” Abang… Jagalah diri baik-baik…. Jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”


Ustaz.. Sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir… Dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati. Lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati. Kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya…. Di dalam nota itu dia menulis


“ Abang.. Dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..Mendengar cerita abang….Menyambut abang pulang dari kerja….Bergurau dan bermanja dengan abang…..Memeluk abang ketika tidur…..Tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…Jaga diri…Sayang abang….Selamanya.. "


Ustaz.. Saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….Kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz. Dia tahulah apa nak buat untuk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami…. Sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang untuk berbuat begitu.. Janganlah terjerumus dengan kesilapan yang saya lakukan… Pasti anda akan menyesal tak sudah….


Terima kasih ustaz….doakan saya…….


** Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini. Tambahan pula, lagu yang telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sayu. Hayatilah senikatanya ;- ‘’ Now And Forever ‘’ oleh Richard Mark.






Whenever I'm weary from the battles that rage in my head
You make sense of madness when my sanity hangs by a thread
I lose my way but still you seem to understand
Now and forever I will be your man.

Sometimes I just hold you
Too caught up in me to see
I'm holding a fortune that heaven has given to me
I'll try to show you each and every way I can
Now and forever I will be your man

Now I can rest my worries and always be sure
That I won't be alone anymore
If I'd only known you were there all the time
All this time

Until the day the ocean doesn't touch the sand
Now and forever I will be your man
Now and forever I will be your man








Thursday 4 April 2013

Perancangan Persiapan Perkahwinan


runsing kepala bila memikirkan hal-hal belanjawan dan perancangan perkahwinan ni... law ikotkan hati malas ni rasa tak nak kahwin je..sebab leceh banyak benda nak diuruskan.. tapi law ikotkan hati gatal ni rasa nak kawen esok jew..hehehehe so nak x nak kena tabahkan atie dan minda untuk menyediakan persiapan dari segi bajet dan barang....

tarikh kenduri sudah ditentukan so bile dikira-kira ada lagi 8 bulan.... uollzzzzz 8 bulan lagi n banyak benda tak settle ag.... sekarang ni hal catering , pelamin , mak andam aku ley tolak tepi dlu sebab aku dah book 1 catering ni ade semua pakej-pakej ni. 

so bagi mengelakkan kekeliruan aku nak listkan pe yang aku kena settle kan 


* kursus kahwin

*  kad jemputan

* photographer

* bunga telur / bunga manggar

* gift - tetamu dewasa
        - kanak-kanak
        - tetamu belah lelaki / vip

* barang hantaran

* baju nikah dan sanding

* DJ pA system

* HIV test

* berurusan dengan pejabat agama

aku rasa cam kurang lagi je.. aku tak ingat pe lagi yang aku lupa listkan kalau korang ada benda yang perlu dan aku tak letak..mohon share la ye.... aku dah kelam kabut giler ni tak tahu mana nak start....

Thursday 7 March 2013

Imran Ajmain - Dikalung Kasihan






Tiada suara penantian tak bersudah
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia

Tiada cara membiaskanmu cahaya
Puisi tak berlagu
Beza dia ketara tanpamu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Tiada kata terkilan terbatas asa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Ku bertahan ku bersabar
Menyimpan rahsia yang sebenar
Percuma saja berkorban

Menitis air mata
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan

Lama
Lelah ku pun terbela

Terlerai pedih lama




Wednesday 6 March 2013

Meaning Of Roses


Red Rose I Love You Or Encouragement.
White Rose You are Heavenly, Reverence of Innocence & Purity.
Pink Rose You are Gentle & Graceful
Light Pink Rose Gratitude & Appreciation
Dark Pink Rose Admiration & Sympathy Joy & Gladness
Orange Rose Enthusiasm
Blue Rose You Are Special
Purple Rose You are My Romance
Yellow Rose Joy, Gladness, Freedom
Two Roses Joined Together, Engagement
Red & White Rose Together Unity







Single bloom red Rose Love at first sight or I still love you
Single Rose, any color Gratitude or simplicity
2 Roses - Mutual feelings
3 Roses - I love you
7 Roses - I'm infatuated with you
9 Roses - We'll be together forever
10 Roses - You are perfect
11 Roses - You are my treasured one
12 Roses - Be mine
13 Roses - Friends forever
15 Roses - Im truly sorry
20 Roses - Im truly sincere towards you
21 Roses - Im dedicated to you
24 Roses - Forever yours
25 Roses - Congratulations
36 Roses - My heart will always be with you
40 Roses - My Love is Genuine
50 Roses - Unconditional love
99 Roses - I will love you all the days of my life
100 Roses - I am Totally Devoted to You
101 Roses - You are My One and Only
108 Roses - Will you marry me?
999 Roses - I love you till the end of time

Wednesday 20 February 2013

Thursday Quotes



" I always give 100% at work :

13% on monday

22% on tuesday

26% on wednesday

35% on thursday

4% on friday

Monday 18 February 2013

Warna tema


Pening pale bila memikirkan tentang persiapan kahwin....walaupun aku majlis aku dijangka bulan 2 tahun depan tapi family aku dah bising suruh aku buat persiapan .. aku ingat kan pas wat persiapan tunang dapat la aku rehat kan kepala tak yah fikir pasal persiapan pape dah sekali kena fikir pasal persiapan kahwin pulak...

first sekali family aku suruh aku buat persiapan baju untuk nikah dan sanding... memandang kan aku tak nak sewa baju sebab mcm leceh lak nak cri kang ade yang pendek laaa x muat laaaa... so hasil kata sepakat aku dan Mr.f tempah jew... wlaupun kos nye mungkin agak mahal tapi puas hati sebab nanti baju tu aku boleh simpan.. dan boleh guna lagi untuk raya k majlis formal k sebab baju aku nanti aku buat simple jew..

in adalah diantara warna tema yang telah aku fikirkan untuk majlis aku nanti yang aku rasa sedap dimata aku... tapi tak tahu lagi sedap k tak di mata Mr.f ..bila aku gitaw colour yang aku minat semua dia wat muka jebek dia tu..ingat comel la tu....hehehehehe..


EMERLAND GREEN
 warna yang first sekali terlintas dalam pale otak aku...ak suke tengok sbb colour ni macam menaikkan seri orang yang memakai


 KUNING
warna yang agak menarik..mungkin kena dengan kulit Mr.F


 PINK
dulu masa tunang aku ingatkan nak wat colour ni sekali Mr.f request wane purple..so tak kesempaian la hajat aku...



BIRU
aku tak tahu nak categorikan ni biru apa..tapi cantik sangat setakat ni aku tak nampak lagi pengantin pakai baju warna ni..so mungkin aku akan cube warna ni..



ni jew colour yang aku berkenan.colour lain aku tak nak ...colour ni nanti aku usulkan kan Mr.f harap-harap dia suka...huhuhuhu...warna tema done!! tis weekend lak ade appoinmet ngn mmber nak discuss pasal kad jemputan dan cameraman... baru 2 step melangkah...banyak lagi bende yang menunggu


Wednesday 13 February 2013

separuh nyawaku menjadi milikmu...





TARIKH: 10/02/2013
                    LOKASI: RUMAHKU HULU LANGAT           


Syukur alhamdulillah pada tarikh ini aku selamat menjadi tunang kepada Mr. F
alhamdulillah majlis aku berjalan dengan lancar walau pun agak kelam kabut sikit di pagi hari almaklum la aku ni anak pertama so parents aku takde pengalaman lagi dalam hal nak menguruskan majlis ni..ade je yang tak cukup last-last minutes...tp akhirnya berjalan dengan lancar...tema aku aritu warna purple tu pun atas pemintaan Mr.F.....dan aku bersyukur dan tak sangka ramai yang nak sponsor aku.. thankz wat adeq aku kila kerna menaja baju dan selendang,my cuzen untuk manisan dan kuih dan umie kerna sponsor coklat... so aku cume keluar duit untuk buah dan kek je..

Pengenalan aku dan dia baru 2 bulan tapi kami membuat keputusan untuk bertunang itu pun atas permintaan keluarga dia dan keluarga aku... mungkin korang rasa aku agak terburu-buru  yela hati budi pon tak kenal sepenuhnya...tapi bagi aku ini lah keputusan yang terbaik mampu aku buat sebab sebelum ni couple smpai 5 tahun pon tidak menjamin korang akan kawin... Jodoh pertemuan di tangan ALLAH S.W.T so mungkin jodoh/ seru aku dah sampai...bak kata orang benda baik x elok dilenggahkan..btol x???

Sepanjang perkenalan kami.. aku rasa dia yang paling banyak bertolak ansur dengan aku...pada awal perkenalan aku selalu marah dia sebab dia tukang masak so jadual kerja dia berbeza dengan jadual aku... pernah sekali aku dan dia gaduh teruk pasal waktu kerja dia bayangkan dari damansara utama ke hulu langat dia boleh sampai dalam masa 20mnt gara-gara nak pujuk aku dan dia kata dia sanggup bhenti kerja tu sebab takot aku tak percaya dia,taknak aku rasa sunyi... waktu tu hanya tuhan je tahu bertapa terharu hati aku bila dia sanggup lakukan sampai begitu sekali...lepas hari tu aku mula belajar untuk memahami dia.. dan alhamdulillah hubungan kami sekarang semakin baik kalau bergaduh pun kami akan selesaikan secepat mungkin dan sebelum tido kami akan saling meminta maaf.

walaupun muka dia agak kebudakan dan perangai dia agak kasar tapi hati dia sangat lembut dan sangt penyayang... aku rasa bersyukur sangat dapat lelaki seperti dia..dan aku harap segala perancangan kami untuk melangkah ke satu lagi fasa baru dipermudahkan dan semoga hubungan kami berkekalan bahagia in sha allah sampai syurga...
























































































































































Monday 28 January 2013

Sampai hujung dunia










Cinta ini menggelisahkan aku
Membuat aku gila
Andai kita terpisah
Mati rasa-rasaku

Cinta ini membodohkan aku
Menutup akal sehatku
Andai engkau tak disisi
Risau isi jiwaku


Selama kau belum jadi milikku yang utuh
Aku akan selalu milikimu
Selama bumi masih akan terus berputar
Aku akan slalu menujumu
Walau ke ujung dunia

Cinta ini membodohkan aku
Menutup akal sehatku
Andai kita terpisah
Mati rasa-rasaku

Dengarlah bintang hatiku












dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati


aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
walau ku tahu ragamu tak utuh
ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
karna bagiku engkaulah nyawaku



karna bagiku engkaulah nyawaku
















 

Thursday 17 January 2013

imtiaz for imran ajmain

Salam Rosyamiza,

Welcome to Imran's Fanclub : Imtiaz for Imran Ajmain!

Thank you for registering and we are glad to receive your email.

Be proud, please include the "#Imtiaz for @ImranAjmain" line in your social media accounts profile especially Twitter. 

Let's help Imran promote his music, chart positions and radio requests, and help spread information about the news that we receive first from Imran. 

How? 

You will be added to a secret Facebook group called "Imtiaz". In there, you can make new friends among Imtiaz members, get exclusive news on Imran Ajmain's music, performances and get updates on all Imtiaz events and gatherings!

We're excited and looking forward to see you in Facebook and in our future gatherings. 

To read up on the history about Imtiaz, please visit: imranajmain.com/imtiaz

Wait for 'Kerani Imtiaz' to add you on Facebook, please approve, and your account will then be added to our Facebook group within 24 hours.

Thank you! 


Regards,
Official Imtiaz 
(on behalf of Imran Ajmain)


p/s : masih teringat pertama kali tgk dye live kt konsert new year pakai bju merah..huhuhu feel mcm dye nynyi untuk aku sowang je..huhuhu pasan!!

Rahsia tarikh lahir pasangan anda


Pepagi ni rasa bosan lak dok kat kaunter sorang-sorang...my partner pergi attend taklimat e-claim kt bilik latihan ... So pe lagi g gapai surat khabar untuk menghilangkan bosan ...Masa ngah dok belek- belek surat khabar metro terjumpa aku satu artikel menarik iaitu mengenai rahsia tarikl lahir.

Masih ramai yang percaya pada tilikan tarikh lahir ini walaupun kita tahu bahawa jika kita percaya dengan semua fakta yang dinyatakan mengenai rahsia tarikh lahir dan keistimewaan di balaik bintang kelahiran boleh membawa kepada syirik dan dosa besar...

Walau bagaimana pon aku akan senaraikan juga tarikh lahir dan maksudnya sekali bukan untuk korang percaya tapi sekadar renungan... law ade yang sama tu mungkin secara kebetulan je dan tak patot dipercayai ..

1 , 9 & 24
-Pasangan ini bersifat pendiam dan konservatif , namun dengan orang-orang tertentu dia mudah mesra.
-Pasangan ini mudah perasan ini menyebabkan ramai orang tidak suka padanya.
-Pasangan ini dikagumi kerna bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai.
-Pasangan ini sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala permintaan pasangannya.
-Pasangan ini perlu kite berjaga-jaga kerna kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada
  percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang lama terjalin.

11 & 30
-Pasangan ini mudah tersinggung.
-Pasangan ini suka menyendiri menyebabkan dia lebih suka tinggal di rumah.
-Pasangan ini disukai ramai kerna perwatakannya yang lembut dan ramah.
-Pasangan ini tidak suka / membenci jika cintanya ditolak atau dikhianati
  oleh orang yang disayanginya
-Pasangan ini seorang yang penyabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak.
-Pasangan ini bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu dia
  memerlukan seseorang untuk mendorongnya.

18 & 29
-Pasangan ini seorang yang sabar serta pandai menguasai diri.
-Pasangan ini akan mengamuk jika ada orang yang mempermainkannya.
-Pasangan ini tergolong dalam individu yang bijaksana dan bertanggungjawab.
-Pasangan ini bersifat jujur dan ramah itu adalah antara modalnya dalam pergaulan seharian.
-Pasangan ini didalam percintaan amat susah untuk dimengertikan.

4 & 13
-Pasangan ini seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat.
-Pasangan ini tidak yakin dengan diri sendiri.
-Pasangan ini didalam hal percintaan tergolong dalam invidu yang mata keranjang dan suka bertukar
  pasangan ini menyebabkan orang tidak suka apatah lagi bersimpati dengannya.
-Pasangan ini sering bersifat dingin dengan orang lain kerna menganggap orang lain adalah
  faktor kepada timbulnya masalah.
-Pasangan ini memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersifat keanak-anakan.

5 & 17
-Pasangan ini seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punyai kecenderungan untuk berprestasi.
-Pasangan ini berpewatakan keras dan apa yang diinginkan selalu dipenuhi.
-Pasangan ini selalu memandang ke arah yang menguntungkan tapi sayangnya dia
  suka menganggap remeh pada orang lain.
-Pasangan ini perlu kita berhati-hati kerna dia suka bertukar pasangan.

14 & 27
-Pasangan ini adalah seorang yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
-Pasangan ini disengani kerna sifat jujur dan keadilannya.
-Pasangan ini di dalam soal percintaan selalu ingin memberi yang terbaik kepada orang dicintai.
-Pasangan ini selalu berasa harga dirinya terlalu tinggi hingga dia tidak penah mengerti
  mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7 , 28 & 31
-Pasangan ini seorang yang bersifat terbuka, berterus terang dan jujur.
-Pasangan ini mudah dipengaruhi dan selalu ingin mencapai sesuatu dengan cara mudah.
-Pasangan ini sering menganggap cinta hanya untuk mengisi masa lapang sahaja.
-Pasangan ini sangat berhati-hati di dalam percintaan dan suka sekali merayu dan
  kalau pasanganya curang, dia dengan mudah meninggalkan nya.


8 & 23
-Pasangan ini seorang yang peramah dan mudah terasa.
-Pasangan ini bersifat lembut dan bijaksana kepada temannya namun dia tersisih
  kerana  rasa rendah diri yang menebal             
-Pasangan ini memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun
  dalam kehidupan seharian.
-Pasangan ini mempunyai kelemahan yang paling menonjol iaitu gugup dan selalu
  dihantui perasaan khuatir tetapi dia bijak dalam hal berjimat.
-Pasangan rela berkorban dan seorang yang tabah di dalam percintaan.

10 , 16 & 21
-Pasangan ini suka bekerja keras, mempunyai nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.
-Pasangan ini mudah tersinggung dalam pergaulan sehariannya.
-Pasangan ini seorang yang jujur dan tabah dalam menghadapi persoalan.
-Pasangan ini sangat setia dan disenangi di dalam percintaan tapi jaga-jaga 
  kerna dia seorang yang kuat cemburu.
-Pasangan ini jika dia seorang yang baik dia baik sangat dan
  jika dia seorang yang jahat dia adalah orang yang paling jahat.

12 & 19
-Pasangan ini suka dipuji mnegharap semua orang menganggapnya juara
-Pasangan ini suka berdandan dan berpakaian rapi kerna itu dia sering
  menghabiskan duit kearah penampilan.
-Pasangan ini seorang yang disegani didalam kehidupan seharian kerna bakat kepimpinannya.
-Pasangan ini tidak boleh dipercayai di dalam percintaan.

15 , 20 & 26
-Pasangan ini tergolong dalam orang yang bersikap kurang serius, bersikap bodoh
 dalam menghadapi sesuatu.
-Pasangan ini bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah.
-Pasangan ini sangat benci perkara- perkara yang berbau keributan terutama
  yang menimbulkan huru-hara.
-Pasangan ini menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat
  mengenai pasangannya di dalam percintaan.
-Pasangan ini disenangi oleh kawannya kerna sikapnya.

22 & 25
-Pasangan ini paling susah untuk dimengerti kadang kala disukai kerna perbuatannya
  kadang kala dibenci  kerna perbuatannya
-Pasangan ini pada pandangan teman-temannya seorang yang penuh pengertian.
-Pasangan ini dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
 mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.
-Pasangan ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara



Tuesday 15 January 2013

Fakta Pelik Berkenaan Haiwan Yang Baru Diketahui






1-  Tiram boleh bertukar jantina

2- seekor cancing mempunyai lapan jantung .... eee cam x cye jew kan..

3- Ikan paus boleh hidupselama 3 bulan tanpa makanan

4- Lembu adalah haiwan buta warna

5- Lintah bulan  mempunyai empat hidung

6- Buaya tidak boleh megundur / gostan

7- Kupu-kupu boleh mengesan bauan yang jaraknya  hampir 11 km

8- Semut tidak pernah tidur

9- Lebah hanya boleh hidup sekitar 40 hari kecuali pada musim sejuk jangka hayatnya bertambah menjadi
     sekurangnya 3 bulan

10- Landak dewasa mempunyai 30,000 duri pada badannya..dan duri itu akan berganti setiap tahun...

11- Kutu boleh melompat sejauh 30cm , 200 kali ganda dari ukuran badan sendiri...

12- Tenggiling adalah seekor haiwan yang sangat malas , menghabiskan 80% masanya dengan aktiviti tidur
       -ni jangan kata tenggiling manusia pon ade malas cmni

13- Nyamuk betina boleh hidup sekitar 100 hari manakala nyamuk jantan hanya dapat hidup selama 10-20
       hari sahaja..

Sunday 6 January 2013

Kahwin

Salam Uoolllzzz...

Peningnya pale bile memikirkan bab kahwin ni.... sebenarnya aku ada target dalam life aku yang aku nak kawin masa umur aku 25 thn dan insyaallah impian 2 mungkin akan tercapai..huhuhu
Sekarang ni aku n MR.F aku sibuk berbincang pasal hantaran la , pasal adat2 sebelum di ijab kabul macam merisik..bertunang almaklum lah family aku dan family dia baru pertama kali nak menerima menantu so agak pening la bila dipikirkan... bulan 2 ni MR.F nak bawa aku jumpa family dia kat kuantan... dan mungkin juga time tu yang menentukan segalanya..huhuhu takot lak bile dipikirkan

Disebabkan aku ni anak yang sulung mestilah family aku nak aku ikot semua adat dari merisik sampai la diijab kabul kan...so MR.F aku plan kalau nak bertunang buat masa bufday dia bulan 7 ni n insyaallah law ade rezeki lebih bulan 12 masa bufday aku tahun depan kami kawin..hehehehehehehe x sabar rasanya miangnye aku

Kalau nak dipikirkan tempoh persiapan mungkin agak suntuk sebab kami ni langsung takde pengalaman dalam hal-hal nak menguruskan bajet, barang-barang , persiapan surat-surat dan borang n nak kena g kursus kawen ag..banyak bende nak kena arrange....so sape2 yang tahu pasal blog F2B k B2B k share la ngn aku ye... k la.. t aku update ag taw...

papai....

Friday 4 January 2013

Mutiara doa - 9 petua untuk mendapatkan doa yang mustajab




1-Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2-Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3- Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4-Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5-Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6-Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7-Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8-Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

9-Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Thursday 3 January 2013

Lepaskan – Wanna








Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu
Makan minum ku dh tak terjga
Asyik memikirkan tentang kamu

Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya
Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. cerita itu
Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Lepasknlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya



Lirik Lagu Sayang - Shae



Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Gantung Diri

salam uolllzzz...

pe kabar semua sihat k??? da lama rasanya x update blog ...al maklumlah bila malas dah menguasai diri nak buat pape pon x boleh and campur lak dengan kesibukan di hujung tahun... pape pon rasanya belum terlambat ag untuk aku wish HEPY NEW YEAR!!!! harap pe saja azam korang tahun ni korang dapat tunaikan...

Sebenarnya aku nak cerita benda lain.. aku rasa pe yang aku nak cerita ni korang pon da baca semalam kat akhbar metro mengenai sorang pelajar tingkatan 2 gantung diri gara-gara berlainan waktu persekolahan...
nama pelajar tersebut adalah Alexander Ajang Wan .. pada hari kejadian bapa manga pulang pada waktu tenghari kerana ingin menghantar mangsa ke sekolah .Bapa mangsa meminta mangsa menukar pakaian sekolah. Setelah menunggu agak lama bapa mangsa memanggil mangsa tapi tiada jawapan apabila bapanye membuka pintu dia melihat mangsa telah mengantung diri mengunakan baju di jeriji tingkap.

Menurut apa yang aku baca mangsa tidak menunjukkan apa-apa perubahan diri cuma mangsa ada mengatakan dia tidak mahu bersekolah pada sesi petang kerana adik beradiknya yang lain semua bersekolah pada sesi pagi.Pada aku benda ini x patot terjadi kerana mangsa sudah berumur 14tahun dan sudah boleh membezakan antara perkara baik dan buruk . Benda ini boleh dielakkan jika family mangsa mendengar luahan mangsa dan cuba mencari penyelesaian sebaiknya..pape pon selepas ini pada sesiapa yang adiknya @ anaknya meluahkan perasaan cube la dengar dan bantu cari penyelesaian agar perkara ini tidak berulang lagi....aku terasa sedih gak bila baca benda ni sebab mangsa sebaya dengan adik bongsu aku dan membuatkan aku  akan lebih memberi tumpuan pada apa saja yang adik aku luahkan selepas ini...



p/s : tiada gambar dpat di upload sbb x boleh nak upload gambar...waaaaaaaaa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...