Thursday 17 January 2013

Rahsia tarikh lahir pasangan anda


Pepagi ni rasa bosan lak dok kat kaunter sorang-sorang...my partner pergi attend taklimat e-claim kt bilik latihan ... So pe lagi g gapai surat khabar untuk menghilangkan bosan ...Masa ngah dok belek- belek surat khabar metro terjumpa aku satu artikel menarik iaitu mengenai rahsia tarikl lahir.

Masih ramai yang percaya pada tilikan tarikh lahir ini walaupun kita tahu bahawa jika kita percaya dengan semua fakta yang dinyatakan mengenai rahsia tarikh lahir dan keistimewaan di balaik bintang kelahiran boleh membawa kepada syirik dan dosa besar...

Walau bagaimana pon aku akan senaraikan juga tarikh lahir dan maksudnya sekali bukan untuk korang percaya tapi sekadar renungan... law ade yang sama tu mungkin secara kebetulan je dan tak patot dipercayai ..

1 , 9 & 24
-Pasangan ini bersifat pendiam dan konservatif , namun dengan orang-orang tertentu dia mudah mesra.
-Pasangan ini mudah perasan ini menyebabkan ramai orang tidak suka padanya.
-Pasangan ini dikagumi kerna bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai.
-Pasangan ini sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala permintaan pasangannya.
-Pasangan ini perlu kite berjaga-jaga kerna kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada
  percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang lama terjalin.

11 & 30
-Pasangan ini mudah tersinggung.
-Pasangan ini suka menyendiri menyebabkan dia lebih suka tinggal di rumah.
-Pasangan ini disukai ramai kerna perwatakannya yang lembut dan ramah.
-Pasangan ini tidak suka / membenci jika cintanya ditolak atau dikhianati
  oleh orang yang disayanginya
-Pasangan ini seorang yang penyabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak.
-Pasangan ini bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu dia
  memerlukan seseorang untuk mendorongnya.

18 & 29
-Pasangan ini seorang yang sabar serta pandai menguasai diri.
-Pasangan ini akan mengamuk jika ada orang yang mempermainkannya.
-Pasangan ini tergolong dalam individu yang bijaksana dan bertanggungjawab.
-Pasangan ini bersifat jujur dan ramah itu adalah antara modalnya dalam pergaulan seharian.
-Pasangan ini didalam percintaan amat susah untuk dimengertikan.

4 & 13
-Pasangan ini seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat.
-Pasangan ini tidak yakin dengan diri sendiri.
-Pasangan ini didalam hal percintaan tergolong dalam invidu yang mata keranjang dan suka bertukar
  pasangan ini menyebabkan orang tidak suka apatah lagi bersimpati dengannya.
-Pasangan ini sering bersifat dingin dengan orang lain kerna menganggap orang lain adalah
  faktor kepada timbulnya masalah.
-Pasangan ini memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersifat keanak-anakan.

5 & 17
-Pasangan ini seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punyai kecenderungan untuk berprestasi.
-Pasangan ini berpewatakan keras dan apa yang diinginkan selalu dipenuhi.
-Pasangan ini selalu memandang ke arah yang menguntungkan tapi sayangnya dia
  suka menganggap remeh pada orang lain.
-Pasangan ini perlu kita berhati-hati kerna dia suka bertukar pasangan.

14 & 27
-Pasangan ini adalah seorang yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
-Pasangan ini disengani kerna sifat jujur dan keadilannya.
-Pasangan ini di dalam soal percintaan selalu ingin memberi yang terbaik kepada orang dicintai.
-Pasangan ini selalu berasa harga dirinya terlalu tinggi hingga dia tidak penah mengerti
  mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7 , 28 & 31
-Pasangan ini seorang yang bersifat terbuka, berterus terang dan jujur.
-Pasangan ini mudah dipengaruhi dan selalu ingin mencapai sesuatu dengan cara mudah.
-Pasangan ini sering menganggap cinta hanya untuk mengisi masa lapang sahaja.
-Pasangan ini sangat berhati-hati di dalam percintaan dan suka sekali merayu dan
  kalau pasanganya curang, dia dengan mudah meninggalkan nya.


8 & 23
-Pasangan ini seorang yang peramah dan mudah terasa.
-Pasangan ini bersifat lembut dan bijaksana kepada temannya namun dia tersisih
  kerana  rasa rendah diri yang menebal             
-Pasangan ini memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun
  dalam kehidupan seharian.
-Pasangan ini mempunyai kelemahan yang paling menonjol iaitu gugup dan selalu
  dihantui perasaan khuatir tetapi dia bijak dalam hal berjimat.
-Pasangan rela berkorban dan seorang yang tabah di dalam percintaan.

10 , 16 & 21
-Pasangan ini suka bekerja keras, mempunyai nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.
-Pasangan ini mudah tersinggung dalam pergaulan sehariannya.
-Pasangan ini seorang yang jujur dan tabah dalam menghadapi persoalan.
-Pasangan ini sangat setia dan disenangi di dalam percintaan tapi jaga-jaga 
  kerna dia seorang yang kuat cemburu.
-Pasangan ini jika dia seorang yang baik dia baik sangat dan
  jika dia seorang yang jahat dia adalah orang yang paling jahat.

12 & 19
-Pasangan ini suka dipuji mnegharap semua orang menganggapnya juara
-Pasangan ini suka berdandan dan berpakaian rapi kerna itu dia sering
  menghabiskan duit kearah penampilan.
-Pasangan ini seorang yang disegani didalam kehidupan seharian kerna bakat kepimpinannya.
-Pasangan ini tidak boleh dipercayai di dalam percintaan.

15 , 20 & 26
-Pasangan ini tergolong dalam orang yang bersikap kurang serius, bersikap bodoh
 dalam menghadapi sesuatu.
-Pasangan ini bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah.
-Pasangan ini sangat benci perkara- perkara yang berbau keributan terutama
  yang menimbulkan huru-hara.
-Pasangan ini menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat
  mengenai pasangannya di dalam percintaan.
-Pasangan ini disenangi oleh kawannya kerna sikapnya.

22 & 25
-Pasangan ini paling susah untuk dimengerti kadang kala disukai kerna perbuatannya
  kadang kala dibenci  kerna perbuatannya
-Pasangan ini pada pandangan teman-temannya seorang yang penuh pengertian.
-Pasangan ini dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
 mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.
-Pasangan ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...