Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yang saya
hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya
mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat
meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya
mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya
pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang
mempunyai memori kehidupan lampau yang cukup menyedihkan. Harap ustaz tidak
bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang amat
baik dan setia. Namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya
yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta
untuk membezakan yang mana kaca dan
permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan
seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai. Dia seorang yang sederhana
pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan
agamanya..,bertudung
labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.
Untuk pengetahuan ustaz, perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh
keluarga dalam keadaan saya masih belum
bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang
saya sudahpun mempunyai teman wanita yang jauh lebih cantik daripada isteri saya
dan kami amat menyintai antara satu sama lain.. Cumanya saya akui teman wanita
saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat. Ustaz, selepas berkahwin
dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru. Saya amat marah
kepada isteri saya. Kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat
bersama kekasih saya yang amat saya cintai
itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu
sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya. Dengan harapan kami akan
bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri
saya ini adalah wanita yang penyabar. Pernah saya tidak balik ke rumah..dengan
tujuan isteri saya akan membenci saya. Tetapi selama mana lambat sekalipun saya
balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah, dia menyambutnya
dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan
hidangkan makanan ? ”
Ustaz…pernah suatu hari
saya menampar mukanya. Apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...Abang
tak pernah solat ke ?? Paannggg..!! Satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.
Perasaan geram., marah., dan rasa terhina bercampur ego yang menggila.. Bengkak
pipinya. Dia menangis teresak-esak. Saya ingatkan mungkin dia akan membenci
saya.. Tetapi rupa-rupanya…. Dia bersabar dan melayan saya sebagai
suaminya.
Ustaz pernah suatu hari., dia ingin
bermanja dengan saya, membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.
Pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..
Ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya, saya tolak pinggan sehingga jatuh
berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya. Dengan linangan air
mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan di
lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan.. Saya
habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan
isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya. Rupa-rupanya, dia tetap
tabah dan bersabar. Pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati
saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai
Allah.
Ustaz… Pernah suatu ketika apabila
keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya..
Tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia
berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan
balasan oleh Allah. Saya terlibat dengan kemalangan…Tulang peha saya patah dan
sememangnya saya tidak berdaya untuk bangun. Hampir lima bulan saya terbaring
tidak berdaya.., Ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.
Berak kencing saya dia tadahkan, dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan
genyi mahupun geli. Dialah yang memandikan saya…Menggosok badan saya dan
memakaikan pakaian untuk saya. Bila saya mengerang sakit, kerana kaki yang
bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya, dialah yang bangun dalam
keadaan mengantuk dan terhoyong-hayang kerana tidak cukup tidur. Dia datang
kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit
sehingga saya rasa lega dan tertidur. Tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke
pagi. Risau kalau saya mengerang kesakitan
lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya
makan. Dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang. Dia akan
membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya
kenangkan kembali., sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari
teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan
apatah lagi melawat. Kekasih saya.. lagi lah.. Apabila dapat tahu saya
kemalangan dan tidak boleh bangun, dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah
meminta hubungan kami diputuskan. Kononnya, saya suami orang. Huhh..!! Sekarang
baru dia kata saya suami orang. Dulu.. Dialah yang menghasut dan memberikan
harapan pada saya untuk membenci isteri saya. Ketika itu barulah saya sedar
betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.
Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya. Besarnya
dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika
saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya
jatuh sakit. Badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak
bermaya.. Kata doktor yang merawatnya, isteri saya jadi begitu kerana terlalu
letih dan susah hati…. Hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah
puncanya.
Ustaz.. Kesihatan isteri saya makin
teruk.. Mukanya makin pucat.. Tetapi dia tetap senyum. Saya menangis
sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yang pernah saya lakukan
terhadapnya. Dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama memaafkan
saya….’’Abang.. Saya dah lama maafkan abang…Saya sayangkan abang ”. Berderai
airmata saya.. Hancur hati saya.. Pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti
dengan perasaan menyesal.
Ustaz.. Selepas itu
isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan. Saya menjaganya setiap hari.
Saya belai rambutnya.. Saya kucup dahinya.. Sambil airmata ini tidak
berhenti—henti mengalir. ” Jangan menangis bang.. Bukan salah abang.. Mungkin
saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”. Berdentum.. Seolah-olah hati
saya disambar halilintar.. Saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang
melawat terpaksa menenangkan saya. Malah ada yang memuji saya kerana beranggapan
saya suami yang amat menyayangi isteri. Ternyata pujian itu bagaikan sumpahan
untuk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata., Dia
meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya
untuk menghadap Ilahi semakin hampir. Saya meraung.. Merayu kepadanya agar tidak
meninggalkan saya. Tapi katanya, setiap yang hidup pasti akan mati dan dia
meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.
Ustaz.. Saya menangis .. Sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan
kata-kata terakhir itu
Ustaz…tepat jam 3.00
petang, setelah dua minggu berada di hospital.. Isteri saya telah pergi
meninggalkan saya selama-lamanya.. Dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang
menerjah hati ini, saya meraung semahu-mahunya….Menyesal di atas kekasaran yang
pernah saya lakukan.
Ustaz.. Jiwa saya tak
tenteram…Apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? Apakah kekasaran dan
kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….
Tolonglah ustaz.. Saya amat menderita….. Jiwa saya terseksa…..Mungkin ini
hukuman yang patut saya terima. Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir
isteri saya..” Abang… Jagalah diri baik-baik…. Jangan lupa tunaikan
solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan
bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah
dirinya.”
Ustaz.. Sebelum isteri saya
menghembuskan nafas terakhir… Dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu
untuk saya dengar dan hayati. Lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya
tetapi tidak sempat dia nikmati. Kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia
harapakan dari saya…. Di dalam nota itu dia menulis
“ Abang.. Dengarlah lagu ini dan ingatlah saya
selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin
sangat nak makan bersama abang…..Mendengar cerita abang….Menyambut abang pulang
dari kerja….Bergurau dan bermanja dengan abang…..Memeluk abang ketika
tidur…..Tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…Jaga diri…Sayang
abang….Selamanya.. "
Ustaz.. Saya harap ustaz tak
marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….Kerana inilah pesan
isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz. Dia
tahulah apa nak buat untuk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini
dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami…. Sayangilah isteri anda….selama
mana anda berpeluang untuk berbuat begitu.. Janganlah terjerumus dengan
kesilapan yang saya lakukan… Pasti anda akan menyesal tak
sudah….
Terima kasih ustaz….doakan
saya…….
** Sedih dan sebak bila baca luahan
perasaan hamba Allah ini. Tambahan pula, lagu yang telah ditujukan isterinya itu
bila dengar bertambah sayu. Hayatilah senikatanya ;- ‘’ Now And Forever ‘’ oleh
Richard Mark.
Whenever I'm weary from the battles that rage in my head
You make sense of
madness when my sanity hangs by a thread
I lose my way but still you seem to
understand
Now and forever I will be your man.
Sometimes I just hold
you
Too caught up in me to see
I'm holding a fortune that heaven has given
to me
I'll try to show you each and every way I can
Now and forever I will
be your man
Now I can rest my worries and always be sure
That I won't
be alone anymore
If I'd only known you were there all the time
All this
time
Until the day the ocean doesn't touch the sand
Now and forever I
will be your man
Now and forever I will be your man